JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021
PADAWAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang melakukan penyerahan projek bagi menaik taraf Surau Bakti Nur Islam pada Jumaat.
Menurut Khere Chiang, projek tersebut dilaksanakan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP).
Dalam pada itu, beliau berharap projek tersebut akan memberi manfaat kepada penduduk setempat kelak.
Pada masa sama, beliau juga menasihat penduduk setempat gar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19. -EDISI UKAS