JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali turun padang bagi meninjau Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Serbaguna Kampung Tunku pada Jumaat.
Selepas itu, beliau juga berkesempatan meninjau masalah sistem perparitan di Lorong B4 Kampung Tunku yang memerlukan kerja baikpulih dengan segera.
Dalam program berasingan, beliau turut menyampaikan ‘Certificate of Competent’ (COC) kepada pemilik bot kawasan tersebut bagi menjalankan aktiviti mereka dan beroperasi secara sah di perairan Sarawak. –EDISI UKAS