Ahli Parlimen Petra Jaya Sumbang Bantuan Makanan Kepada Kampung Tupong Jaya & Taman Kopodim

JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Menteri Kanan Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof menghulurkan sumbangan bantuan makanan kepada penduduk Kampung Tupong Jaya dan Taman Kopodim yang menjalani kuarantin pada Khamis.

Sumbangan menerusi Pusat Khidmat Ahli Parlimen Petra Jaya itu disampaikan kepada Ketua Ranting Kampung Tupong Jaya, Aden Lent dan Pengerusi Surau Ar-Rahman, Abdullah Aha untuk diagihkan kepada penduduk yang terlibat.

Penerima bantuan merakamkan penghargaan kepada Dato Sri Fadillah atas keprihatinan beliau memberikan sumbangan makanan kepada mereka. –EDISI UKAS