Banjir Di Telang Usan, Air Semakin Naik

JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021

TELANG USAN: Keadaan banjir di kawasan Telang Usan ketika ini masih lagi naik khususnya di beberapa kawasan di pedalaman Baram.

Menurusi tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Jumaat, kawasan di Pekan Long Lama air semakin naik sehingga ke paras lutut dan menyebabkan sebahagian lalu ke jalan besar tidak dapat dilalui dan putus perhubungan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telang Usan dalam pada itu terus memantau keadaan dan mengingatkan penduduk bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku disebabkan trend air semakin naik. 

Bantuan akan disalurkan segera sekiranya keadaan bertambah buruk dan penduduk diminta mengikuti setiap arahan JPBD Telang Usan dalam menghadapi keadaan yang lebih buruk.-EDISI UKAS

Share
0

add comment