Bilik Gerakan Bencana Daerah Telang Usan Dibuka

JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021

TELANG USAN: Air naik dan hujan lebat yang sedang berlaku ketika ini telah menyebabkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Telang Usan membuka Bilik Gerakan Bencana pada Jumaat. 

Penduduk di kawasan Pekan Long Lama yang kediaman mereka dinaiki air dan memerlukan bantuan serta perkhidmatan pengangkutan perahu boleh terus menghubungi Sunarti Siti Wen 010-5040798 dan Muhammad Harold Satu 016-9337011 yang berada di Bilik Gerakan Bencana. 

Ketika ini antara kampung-kampung yang terjejas ialah Kampung Long Miri Baram, Kampung Long Bemang Apoh, Kampung Long Atip Apoh, Kampung Long Wat Apoh, Kampung Long Wat Apoh, Kampung Long Ikang, Kampung Long Laput dan Kampung Kayan Long Lama. 

Kampung lain yang berada di kawasan tebingan Sungai Baram, Sungai Tutoh dan Sungai Apoh turut terjejas.-EDISI UKAS

Share
0

add comment