Biro Kebajikan Pusat Khidmat DUN Bukit Sari Serah Sumbangan Ehsan Kepada Mangsa Rumah Dihempap Pokok

JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Biro Kebajikan Pusat Khidmat DUN Bukit Sari telah menyerahkan sumbangan ehsan kepada Jali Sablee dan Lizam Jiman di mana rumah kedua-dua mereka telah dihempap pokok baru-baru ini. 

Sumbangan telah disampaikan Awang @ Ibrahim Ahmat kepada mangsa di Kampung Sualai, Jalan Punang yang turut dihadiri Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok pada Khamis. 

Selain sumbangan berupa wang tunai, turut diserahkan bantuan makanan kepada mereka. 

Kejadian yang berlaku pada jam 7.45 malam itu telah meranapkan rumah yang berstruktur kayu secara keseluruhannya.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.-EDISI UKAS

Share
0

add comment