Daerah Limbang Berstatus Merah, JKKK Rumah Panjang Ambil Langkah Berjaga-Jaga

JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021

LIMBANG: Daerah Limbang telah diisytiharkan sebagai kawasan merah pada Rabu apabila merekodkan 70 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari, beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah mengambil keputusan memasang notis larangan masuk ke kawasan kampung dan rumah panjang. 

Antara kampung yang mengambil inisiatif itu ialah Kampung Bukid Seraong, Kampung Tanjong, Kampung Tanjong Darat, Kampung Liang Datu dan Kampung Ensurai. 

Notis larangan ini bertujuan mengelak aktiviti yang melibatkan secara berkumpul dalam kuantiti yang ramai dan pergerakan bebas tanpa alasan yang kukuh. 

Ini sekaligus memutuskan rantaian COVID-19 yang kian menjejaskan keselamatan masyarakat setempat.

Selain itu, penduduk juga menyarankan kepada ahli keluarga yang berada di luar kawasan untuk tidak balik atau bertandang ke kampung bagi memutuskan rantaian penularan COVID-19. 

Penduduk kampung turut tidak dibenarkan untuk keluar dari kawasan kampung tanpa alasan yang kukuh.-EDISI UKAS

Share
0

add comment