Datuk Amar Jaul Lawat Bangunan Pejabat Daerah Sebauh, Tinjau Projek Bina Baru Pagar Rumah Chin Gawing

JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021

BINTULU: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion telah mengadakan lawatan ke Pejabat Daerah Sebauh dan meninjau Projek Bina Baru Pagar Rumah Chin Gawing pada Rabu. 

Terdahulu, beliau telah melawat tapak Pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak, Jambatan Batang Kemena dan Projek Bangunan Pentadbiran Baru Bintulu. 

Di Pejabat Daerah Sebauh, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak itu telah melawat projek naik taraf bangunan Pejabat Daerah Sebauh yang telah siap pada 14 April lepas yang merangkumi kerja-kerja penyambungan pejabat dan pengubahsuaian di pejabat sedia ada serta kerja-kerja luar yang berkaitan.

Kos bagi menaik taraf bangunan Pejabat Daerah Sebauh ini berjumlah RM4,038,495. 

Selepas itu, Datuk Amar Jaul telah mengadakan telah pergi ke Rumah Chin Gawing bagi meninjau Projek Bina Baru Pagar yang telah siap pada 27 Ogos lepas. 

Beliau berpuas hati dengan hasil kerja pembinaan pagar baru itu yang merupakan sebahagian daripada Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemena telah disiapkan dalam tempoh enam bulan dengan kos sebanyak RM149,840.94. 

Hadir sama Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (UPPN) Azmi Bujang, Penolong Pengarah UPPN Suteresno Piang dan Chua Siong Wei, Residen Bahagian Bintulu Jack Aman Luat, Timbalan Residen Bahagian Bintulu Hussaini Hakim, Pegawai Daerah Bintulu Muhammad Dino Amid, Pegawai Daerah Sebauh William Manggoi, Pegawa Daerah Tatau Calvin Ligong dan Jurutera Bahagian Bintulu (JKR) Lau Pit Hwa.-EDISI UKAS

Share
0

add comment