JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021
SEBUYAU: Sebanyak 184 pek bakul makanan diagihkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada penduduk di Pekan Sebangan, Kampung Lutong dan Kampung Menek pada Jumaat.
Bantuan itu disalurkan berikutan ketiga-tiga kampung tersebutmenjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) sejak 1 sehingga 14 September depan.
Dalam pada itu, Kauselor Rabaie Gani, mewakili Ketua Masyarakat Kampung Lutong menzahirkan ucapan terima kasih kepada JKM atas keprihatinan dalam memenuhi keperluan penduduk sepanjang PKPD tersebut.
Pengagihan bantuan bakul makanan tersebut turut dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). EDISI UKAS