Kampung Long Panai, Long Pahlo Tutoh Dinaiki Air

JUMAAT 3 SEPTEMBER 2021

MIRI: Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lepas telah menyebabkan Kampung Long Panai dan Long Pahlo dinaiki air.

Menerusi pemantauan yang dilakukan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Jumaat, penduduk memaklumkan air sungai mula melimpah ke kawasan rumah mereka sejak beberapa hari lepas dan keadaan bertambah buruk apabila hujan turun dengan lebat sejak Khamis.

Dalam pada itu, kejadian banjir turut dilaporkan berlaku di Long Pahlo yang juga terletak kawasan Sungai Tutoh.

Namun begitu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan berkenaan dengan situasi banjir ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi sebelum ini telah menasihatkan penduduk yang tinggal di sepanjang sungai terutamanya yang sering dilanda banjir supaya berjaga-jaga berikutan amaran hujan lebat dan cuaca yang tidak menentu.-EDISI UKAS

Share
0

add comment