PKPD: ADUN Bukit Saban Salur Bantuan kepada Penduduk Di Dua Rumah Panjang

JUMAAT, 3 SEPTERMBER 2021

BETONG : Dua buah rumah panjang yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Spaoh dan Debak menerima bantuan bekalan makanan pada Khamis.

Bantuan bekalan makanan tersebut merupakan sumbangan Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Bukit Saban Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Penghantaran sumbangan diselaraskan oleh Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dan diserahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong diwakili oleh Pegawai Polis Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong, Sarjan Jerami Junai.

Sumbangan bekalan makanan adalah berupa makanan basah kepada 41 pintu keluarga kepada rumah Panjang Bebuling Atas, Spaoh manakala 16 pintu keluarga di rumah Panjang Nanga Gayau, Rimbas, Debak.

Dalam pada itu, Tuai Rumah bagi kedua-dua rumah panjang tersebut  menzahirkan ucapan terima kasih kepada ADUN Bukit Saban yang prihatin dengan keperluan para penduduk. – EDISI UKAS

Share
0

add comment