PPWS Daerah Lawas Serah Sumbangan Kepada Mangsa Rumahnya Dihempap Pokok

JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Prihatin dengan kejadian yang menimpa keluarga Jali Sablee dan Lizam Jiman, Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Daerah Lawas telah menyerahkan sumbangan kepada kedua-dua keluarga tersebut. 

Pengerusinya Suriyah Jinin bersama PPWS Lawas telah menyerahkan sumbangan kepada Jali dan Lizam di Kampung Sualai, Jalan Punang pada Jumaat. 

Sumbangan ini merupakan kutipan derma kilat yang diadakan PPWS Lawas di kalangan 24 PPWS di Daerah Lawas. 

Pada kejadian itu, pokok tumbang dan menghempap kedua-dua buah rumah hingga menyebabkan rumah-rumah tersebut musnah secara keseluruhan. 

Sementara itu, Suriyah mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli di 24 PPWS Daerah Lawas yang sama-sama membantu meringankan beban mangsa.-EDISI UKAS

Share
0

add comment