PVTLDM Sarawak Agih Bantuan Kepada Veteran TLDM Di Taman Samarindah

JUMAAT 3 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Sarawak telah memberikan sumbangan kepada veteran TLDM yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sekitar Taman Samarindah.

Seramai 33 Ketua Isi Rumah (KIR) yang terdiri daripada veteran TLDM telah menerima bantuan tersebut yang bertujuan mengurangkan beban dan menampung keperluan harian mereka.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan Ahli Jawatankuasa (AJK) PVTLDM Sarawak yang diketuai Presidennya, Muhammad Ruslan Sain Abdullah. 

Sementara itu, Muhammad Ruslan ketika ditemui berkata, bantuan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang terjejas ketika dalam tempoh PKPD.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada AJK yang telah terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Difahamkan, program yang sama juga telah diadakan ke atas penduduk di kawasan Opar.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia