Rumah Panjang Di Kawasan Tanah Rendah, Tebingan Sungai Tinjar Dilanda Banjir

JUMAAT 3 SEPTEMBER 2021

MIRI: Beberapa buah rumah panjang di kawasan tanah rendah dan tebingan Sungai Tinjar kini dilanda banjir.

Perkara tersebut dimaklumkan Tuai Rumah kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Beluru pada Jumaat.

Keadaan ini berlaku disebabkan hujan turun sejak beberapa hari lepas sehingga menyebabkan air sungai naik.

Antara rumah panjang yang dinaiki air dan terputus hubungan serta ditenggelami air ialah Dennis Madang Long Loyang, Rumah Francis Ubi Long Jegan A, Rumah Lah Anyie Long Teran A, Rumah Jarau Ponyang Long Tabing, Rumah John Mato Long Tuyut, Rumah Aji Nawek Long Tuyut A, Rumah Paking Idoi Long Marigam, Rumah Duri Endu Nanga Lait, Rumah Joseph Adat Long Ajoi, Rumah Labang Jamu Nanga Seridan dan Rumah Seman Anyi Long Sepiling.

Kedalaman air di antara satu kaki hingga tiga kaki dari paras tanah dan air banjir semakin naik.-EDISI UKAS

Share
0

add comment