JUMAAT, 3 SEPTEMBER 2021
KUCHING: Sumber tenaga yang dihasilkan menerusi kuasa hidroelektrik adalah lebih mampan, mesra alam dan berkesan daripada bahan api fosil.
Ini kerana tenaga dapat diperbaharui seperti kuasa hidro lebih menjimatkan.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berkata, sumber tenaga hidro juga telah digunakan dalam dalam menjana elektrik Stesen Janakuasa Hidroelektrik Baleh.
Justeru jelas beliau, fakta adalah jelas mengenai kelebihan menggunakan kuasa hidro berbanding bahan fosil yang digunakan oleh Sarawak Energy.
“Oleh itu, sesetengah pihak yang mengkritik perkara tersebut adalah berunsurkan politik dan kurang merujuk kepada fakta” tegasnya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau menambah, tenaga yang dihasilkan lebih mesra alam dan tidak mencemarkan seperti bahan fosil yang hanya mempunyai jangka masa yang terhad. -EDISI UKAS