ADUN Lingga Turun Padang Serah Bakul Makanan

SABTU, 4 SEPTEMBER 2021

SIMANGGANG: Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Lingga meneruskan lagi pemberian bakul makanan kepada keluarga yang dikuarantin di sekitar Sri Aman.

Sebanyak tujuh keluarga yang dikenakan kurantin kendiri oleh Jabatan Kesihatan Sri Aman telah menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri pada Jumaat.

Beliau turut berkesempatan turun sendiri untuk menghulur sumbangan bakul makanan sekaligus mendengar sendiri perkembangan terkini daripada keluarga yang diarahkan kuarantin kendiri

Penghantaran bantuan makanan bermula dari Kampung Tanjung Engkabang (3 keluarga), Kampung Masjid Baru (2 keluarga) dan Kampung Hulu Lemanak, Sri Aman (2 keluarga).

Hadir sama, Ketua Kampung Tanjung Engkabang Hilir, Mohammad Yusof. -EDISI UKAS

Share
0

add comment