Individu Lengkap Vaksin Mengelakkan Daripada Jangkitan COVID-19 Yang Serius

SABTU, 4 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin diyakini dapat mengelakkan daripada kesan jangkitan COVID-19 yang lebih serius.

Ia dijelaskan oleh Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing berdasarkan sumber informasi pelbagai ceramah daripada Pakar antarabangsa mengenai COVID-19 

Dalam kenyataan medianya pada Sabtu, beliau memberitahu seseorang individu yang telah mengambil vaksin mungkin masih berpotensi dijangkiti namun tidak membawa kepada kesan yang memudaratkan.

“Individu masih dijangkiti namun tidak mengakibatkan kematian, ianya seperti demam selsema biasa sahaja dan beberapa hari setelah berehat akan pulih seperti sediakala,” kata Tan Sri James Masing.

Justeru tegasnya, masyarakat perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi urusan harian mereka dengan norma baharu seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan.

“Kita di Malaysia dapat menarik nafas lega setelah penemuan vaksin, kita masih memikirkan bahaya jangkitan tersebut semasa era Pra-Vaksin.

“Ketakutan tersebut tertanam dalam diri kita bahawa yang positif adalah kematian, hal ini semakin buruk ditambah dengan jumlah jangkitan COVID-19 tanpa memberitahu betapa seriusnya jangkitan itu,” tambahnya lagi.

Menerusi sumber Jawatakuasa Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), seramai 99.85 peratus daripada individu yang positif di Sarawak yang berada dalam kategori 1 dan 2 tidak memberikan kesan sampingan yang serius.

Tambahnya lagi, sebaik sahaja 80 peratus penduduk Sarawak telahpun lengkap divaksinasi, keadaan semakin pulih, rakyat boleh turun bekerja seperti biasa dan sebagainya namun SOP yang ketat haruslah dikekalkan.

Selain itu, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bukan lagi pendekatan yang sesuai memandangkan kes kematian COVID-19 semakin berkurang.

“Kajian baharu dari CDC COVID-net berkata mereka yang tidak divaksin mempunyai 17 kali kemungkinan dimasukkan di hospital berbanding mereka yang telah lengkap di vaksin,” tegasnya lagi.

Share
0

add comment