KCFC Tercicir Mata Lagi, Diikat PDRM FC Tanpa Jaringan

SABTU, 4 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Jadual padat mula memberikan kesan kepada persembahan Kuching City FC (KCFC) apabila terus gagal untuk memburu kemenangan.

Terbaru, KCFC sekadar mengutip satu mata setelah diikat PDRM FC tanpa jaringan dalam aksi Liga Premier 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang pada Sabtu.

Keputusan itu meletakkan KCFC pimpinan Irfan Bakti Abu Salim di tangga kesembilan dengan 18 mata setelah mengharungi 15 perlawanan setakat ini.

Skuad itu akan berdepan misi sukar pada 7 September ini apabila melayan kunjungan skuad ‘abang’ yang juga pendahulu liga, Sarawak United FC. – EDISI UKAS

Share
0

add comment