Konvoi Jalur Gemilang Di Lundu Semarak Semangat Patriotisme

SABTU, 4 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Meskipun Daerah Lundu mengalami peningkatan kes COVID-19, namun ia tidak mematahkan semangat Jabatan Penerangan Daerah Lundu bagi menyambut Hari Kebangsaan Malaysia tahun 2021 melalui penganjuran Konvoi Jalur Gemilang pada hari ini.

Konvoi Jalur Gemilang yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sarawak, Suwadi Guliling tersebut dilepaskan di Pejabat Daerah Lundu oleh Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani.

Selepas penyerahan bendera Jalur Gemilang kepada Pegawai Daerah Lundu serta hebahan mesej kenegaraan dan nyanyian lagu patriotik, Konvoi Jalur Gemilang diteruskan ke Pejabat Daerah Kecil Sematan.

Melalui Konvoi Jalur Gemilang ini, ianya diharapkan dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan masyarakat walaupun semasa dalam musim pandemik ini. -EDISI UKAS

Share
0

add comment