Ragad Foundation Sumbang 300 Bungkus Bantuan Makanan Untuk Golongan Miskin, OKU & Warga Emas

SABTU 4 SEPTEMBER 2021

PADAWAN: Sebanyak 300 bungkus bantuan makanan diserahkan kepada golongan memerlukan seperti golongan miskin tegar, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas sempena Program Kamek Prihatin di sekitar Fasa 2 Kampung Asajaya dan Kota Padawan pada Sabtu.

Program anjuran Ragad Foundation itu telah disempurnakan oleh Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang di perkarangan bola keranjang SJK Chung Hua Batu 10, Kota Padawan.

Menurut Pengarah Program dan Kempen Yayasan Ragad, Lila Ruzaini Hussain, bantuan ini merupakan hasil kerjasama Ragad Foundation dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak.

Turut hadir, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Ragad Datuk Riffai Husain, wakil dari Kelab Lion New Century Kuching Emerald, Catherine Tay dari Red Profile Sdn Bhd serta Pegawai Penerangan, Fiona Maurice serta Nurul Masyitah dari LPPKN.-EDISI UKAS

Share
0

add comment