3 Buah Rumah Ibadat Di Miri Terima Peruntukan UNIFOR

AHAD, 05 SEPTEMBER 2021

MIRI : Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah menyerahkan peruntukan khas Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebanyak RM150,000 kepada Gurwara Sahid Miri pada Sabtu.

Menurutnya, ini merupakan penyerahan sumbangan kali ketiga daripada UNIFOR kepada Gurwara Sahid Miri bagi membina kemudahan di Sikh Temple tersebut.

“Sebelum ini, Girwara Sahid Miri telah menerima sumbangan pertama berjumlah RM160,000 dan kedua RM200,000.

“Peruntukan ketiga-tiga ini berjumlah RM510,000 digunakan bagi membina semula dapur, dewan dan ruang makan.

“Sehingga kini, projek pembinaan tersebut siap 45 peratus dan berharap pada bulan Januari 2022, projek tersebut akan dapat disiapkan,” katanya.

Katanya semasa ditemui media pada Majlis Penyerahan Peruntukan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Gurwara Sahib Miri (Sikh Temple) pada Sabtu.

Beliau turut berjanji akan menyampaikan peruntukkan Projek Kecil Luar Bandar (RTP) 2022 berjumlah RM200,000 kepada Gurwara Sahid Miri.

Sementara itu, Datuk Sebastian Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau turut menyerahkan sumbangan UNIFOR kepada Lian Hua San Ching Tien Temple dan Hai Long Si Temple.

Lian Hua San Ching Tien Temple menerima peruntukan UNIFOR berjumlah RM100,000 bagi tujuan membaiki dan menyelenggara Kuil San Ching yang merupakan kuil Taoism yang terbesar di Asia Tenggara.

Manakala, Hai Long Si Temple pula menerima peruntukan berjumlah RM500,000 bagi membaik pulih bangunan.

Ketiga-tiga bangunan agama ini merupakan tempat pelancongan dan ikon kepada Bandaraya Miri.

Hadir sama Presiden Gurwara Sahib Miri Gurmokh Singh, Ketua Masyarakat Penghulu Leonard Fong, Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Leslie Lau dan Kaunseor Tan Lek Jin.-EDISI UKAS

Share
0

add comment