95 Kes Positif COVID-19 Dan Tiga Kluster Baharu Dicatatkan Di Bahagian Miri

AHAD, 05 SEPTEMBER 2021

MIRI: Sebanyak 95 kes positif baharu COVID-19 telah dicatatkan di Bahagian Miri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri dalam kenyataan media pada Sabtu, Daerah Miri melaporkan 44 kes, Daerah Subis 41 kes, Daerah Beluru enam kes, dan Daerah Marudi pula empat kes.

“Sementara itu, tiga daerah di Miri kini berstatus merah, iaitu Miri, Subis dan Beluru, manakala Marudi berstatus jingga dan Telang Usan kini berstatus kuning,” katanya.

Tambah JPBB Miri lagi, Bahagian Miri kini mempunyai 13 kluster aktif iaitu Kluster Lunyim (186 kes), Kluster Tembok Miri (410 kes), Kluster Jambatan Lemua (26 kes), Kluster Mega Suai (244 kes), Kluster Sungai Menok (44 kes), Kluster Jalan Lembah Hijau (74 kes), Kluster Mas Sawai (163 kes), Kluster Jero Gelasah (72 kes), Kluster Ladang 0004 Kuala Baram (45 kes), Kluster Ladang Hijau 01 (29 kes), Kluster Belinggai Ulu Niah (166 kes), Kluster Maxbi Libai (93 kes) dan Kluster Sawit Gelasah (29 kes).

JPBB Miri turut memaklumkan, terdapat tiga kluster baru dilaporkan di Bahagian Miri iaitu Kluster Belinggai Ulu Niah dan Kluster Maxbi Libai yang merupakan kluster komuniti, manakala Kluster Sawit Gelasah pula merupakan kluster tempat kerja melibatkan sebuah kilang dan ladang kelapa sawit.

Bilangan kes COVID-19 yang dilaporkan di Bahagian Miri semakin meningkat, disebabkan kelalaian masyarakat yang kurang patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan kerajaan. – EDISI UKAS

Share
0

add comment