ADUN Serembu Sumbang Bakul Makanan Kepada 17 KIR Yang Dikuarantin

AHAD, 5 SEPTEMBER 2021

BAU: Prihatin dengan kekangan yang dihadapi 17 ketua isi rumah (KIR) yang dikuarantinkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh menyerahkan sumbangan bakul makanan kepada mereka pada Ahad.

Daripada jumlah penerima itu, seramai 10 ketua isi rumah adalah dari Kampung Batu Spit, Kampung Blimbin (3 KIR) manakala Kampung Sinaan (4 KIR).

Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada para penerima menerusi Pusat Khidmat ADUN N.18 Serembu.

Sementara itu, kesemua KIR yang menerima bantuan makanan merakamkan penghargaan kepada ADUN Serembu yang peka dengan kebajikan penduduk yang dikenakan arahan kuarantin dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment