ADUN Serembu Sumbang Bakul Makanan Kepada Penduduk Kampung Boka Toya Yang Dikuarantin

5 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai tujuh ketua isi rumah (KIR) dari Kampung Boka Toya di sini menerima sumbangan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu, Miro Simuh.

Sumbangan tersebut diagihkan kepada para penerima menerusi petugas Pusat Khidmat ADUN Serembu pada Sabtu.

Kesemua mereka yang menerima bantuan itu masih menjalani arahan kuarantin diri dalam memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. -EDISI UKAS

Share
0

add comment