ADUN Simunjan Hantar 100 Pek Bantuan Makanan Kepada Warga Simunjan Yang Menetap Di Taman Samarindah

AHAD, 5 SEPTEMBER 2021

STAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris menghulurkan 100 pek bantuan makanan kepada warga Simunjan yang menetap di Taman Samarindah dan Taman Samrindah Baru, Samarahan susulan daripada pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Penyerahan bantuan makanan tersebut telah diagihkan oleh pihak Jawatankuasa Pembangunan Kemajuan Kawasan Taman Samarindah Baru (JPKK TSB) pada Sabtu.

ADUN Simunjan berharap agar bantuan itu dapat membantu meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat pelaksanaan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Dalam masa yang sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada JPKK TSB di dalam pengagihan bantuan makanan tersebut.-EDISI UKAS

Share
0

add comment