Kerajaan Akan Umumkan Harga Siling Baharu Kit Ujian RTK Antigen Hujung Tahun Ini

AHAD, 5 SEPTEMBER 2021

KUCHING: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memberitahu kerajaan akan mengumumkan harga siling baharu kit ujian RTK Antigen menjelang hujung tahun ini.

Katanya, sehingga kini pihaknya belum menentukan lagi harga baharu untuk kit ujian tersebut.

Harga baharu lebih murah daripada harga semasa yang bertujuan meringankan beban pengguna dan rakyat selain tidak meminggirkan peniaga serta pemborong.

“Sebelum penghujung tahun ini, KPDNHEP bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah diumumkan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaludin kelmarin, kita akan turunkan lagi harga kit ujian ini supaya ia akan lebih mampu dimiliki oleh orang ramai kerana ini sudah menjadi keperluan.“ jelas beliau dalam sidang media selepas melawat farmasi di sebuah pasar raya di Kuching pada Ahad.

Datuk Seri Alexander juga memberitahu penjualan RTK Antigen ini akan diperluaskan lagi di kedai-kedai lain selain farmasi.

Ujarnya, bermula 5 september 2021 kerajaan akan memberikan tempoh satu minggu untuk penjual menyelaraskan harga kit ujian RTK Antigen tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment