PERKIM Sebuyau Santuni 10 Keluarga, Serah Bantuan Makanan

AHAD, 5 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Daerah Sebuyau menyantuni 10 keluarga yang telah diperintahkan kuarantin kendiri dengan bantuan menyerahkan sumbangan bakul makanan pada Sabtu.

Antara kampung yang menerima bantuan bekalan makanan tersebut adalah Kampung Baru Sebuyau, Kampung Lot Sebuyau, Kampung Sawmill dan Kampung Tebelu.

Sehubungan itu, PERKIM berharap agar usaha kebajikan ini dapat membantu meringankan beban para penduduk yang terlibat dengan arahan kuarantin dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Disamping itu, wakil penerima juga merakamkan penghargaan terima kasih kepada PERKIM di atas bantuan yang diberikan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment