PKPD Di Taman Samarindah Dilanjutkan, JKM Hantar Bantuan Makanan

AHAD, 05 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Samarahan telah menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk Taman Samarindah dan Taman Samarindah Baru di sini pada Sabtu.

Sumbangan tersebut diserahkan susulan daripada pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang bermula 31 Ogos lalu sehingga 6 September ini.

Difahamkan, bantuan makanan asas berupa beras dan makanan kering tersebut adalah untuk tempoh satu minggu mengikut masa pelanjutan perintah sekatan pergerakan berkenaan.

Pihak JKM Bahagian Samarahan berharap bantuan itu dapat membantu meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat pelaksanaan pelanjutan tempoh PKPD di kawasan tersebut.

Turut hadir menyempurnakan program berkenaan, Pegawai Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan, Mohammad Yaakob Morshidi. – EDISI UKAS

Share
0

add comment