PKPD Kampung Baru, Samarahan Dilanjutkan, ADUN Muara Tuang Sumbang Bantuan Makanan Kepada 991 KIR

AHAD, 5 SEPTEMBER 2021

KOTA SAMARAHAN: Seramai 991 Ketua Isi Rumah (KIR) dari Kampung Baru di sini menerima bantuan makanan basah sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato Idris Buang pada Ahad.

Penyerahan sumbangan itu adalah susulan pelanjutan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kampung berkenaan sehingga 9 September depan.

Bekalan bantuan makanan itu adalah untuk tempoh 14 hari pelanjutan perintah sekatan pergerakan berkenaan.

Sementara itu, Dato Idris Buang berharap bantuan itu dapat meringankan beban penduduk kampung yang terkesan akibat pelaksanaan pelanjutan tempoh PKPD tersebut. -EDISI UKAS

Share
0

add comment