PVTLDM Sarawak Sumbang Makanan Kepada Penduduk Terkesan PKPD

KOTA SAMARAHAN: Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia Cawangan Sarawak (PVTLDM Sarawak) sekali lagi turun padang membantu penduduk yang terkesan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Sabtu.

Usaha itu dilakukan bagi mengurangkan beban penduduk di sekitar Kampung Mongkos Serian, Kampung Mundai Padawan, Kampung Serieat Jalan Serian Lama, Kampung Bahru Kota Samarahan, Taman Duranda Emas Siburan dan Samarindah bagi yang tercicir sebelum ini.

Sebelum ini, bantuan bakul makanan telah diagihkan bagi menampung keperluan harian bagi 33 Ketua Isi Rumah (KIR) di Samarindah, namun kali ini sumbangan diserahkan kepada 22 KIR di lokasi yang berbeza.

Penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh AJK PVTLDM Sarawak yang diketuai oleh Presiden PVTLDM Sarawak Muhammad Ruslan Sain Abdullah yang mana merupakan sumbangan Kerjasama MINDEF dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Sarawak.

Dalam pada itu, Muhammad Ruslan Sain mengucapkan penghargaan kepada AJK yang telah terlibat menjayakan program tersebut dan berharap kepada penerima dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka yang terjejas ketika dalam tempoh PKPD.

Katanya, usaha seumpamanya akan diteruskan kepada Veteran TLDM Sarawak yang terkesan PKPD dan veteran yang sangat memerlukan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment