Seramai 126 Individu Di Kawasan PKPD Nanga Bengap Terima Bantuan JKM

AHAD, 05 SEPTEMBER 2021

LUBOK ANTU: Seramai 126 orang penghuni Rumah Tunai Anak Berandah menerima bantuan bekalan makanan asas di Nanga Bengap SPS Fasa Dua, pada Sabtu.

Bantuan berupa makanan asas sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) itu adalah bagi menampung keperluan makanan harian penduduk yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilanjutkan sehingga 8 September 2021.

Difahamkan, kawalan di simpang masuk utama ke lokasi tersebut dikawal ketat oleh anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi memastikan tiada sesiapa yang dapat masuk atau keluar daripada kawasan larangan tersebut.

Sementara itu, Tuai Rumah Tunai Berandah selaku Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan kampung (JKKK) Nanga Bengap merakamkan penghargaan kepada JKM dan semua pihak yang terlibat dalam menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada mereka. -EDISI UKAS

Share
0

add comment