Sumbangan Bakul Makanan Sentuhan Rohani Sekali Lagi Diteruskan Di DUN Sebuyau

AHAD, 5 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Prihatin dengan nasib rakyat di kawasannya yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Ahli Parlimen Batang Lupar Dato Sri Rohani Abdul Karim telah menyumbang sebanyak 165 bakul makanan pada Ahad.

Bakul makanan tersebut telah diserahkan oleh Penyelaras DUN Sebuyau mewakili Ahli Parlimen Batang Lupar, Charchil Kimlen kepada tiga buah kampung iaitu Kampung Menek, Kampung Lutong dan Pekan Sebangan.

Inisiatif diambil oleh Pusat Khidmat Parlimen Batang Lupar agar penduduk di kampung berkenaan tidak terputus bekalan makanan sepanjang PKPD.

Dalam pada itu, Dato Sri Rohani mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melancarkan penyerahan sumbangan bakul makanan dan berharap agar rantaian jangkitan dapat diputuskan di ketiga-tiga kampung berkenaan sepanjang PKPD dijalankan.

Untuk rekod, PKPD di ketiga-tiga buah kampung tersebut telah bermula pada 1 September 2021 sehingga 14 September 2021.-EDISI UKAS

Share
0

add comment