AHAD, 5 SEPTEMBER 2021
MIRI: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) telah meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) Jalan Airport, Miri.
Menurut Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, peruntukan ini digunakan untuk menaik taraf gereja.
“Fasa 1, UNIFOR telah meluluskan RM100,000 sebagai dana untuk menaik taraf Gereja BEM Jalan Airport, Miri.
“Secara keseluruhannya, jumlah besar sumbangan UNIFOR kepada Gereja BEM Jalan Airport ini ialah RM450,000.
“Sebelum ini peruntukkan sedia ada berjumlah RM350,000 yang disampaikan hari ini (Sabtu),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Penyerahan Cek UNIFOR Kepada Gereja BEM Jalan Airport, Miri pada Sabtu.
Katanya lagi, sekiranya memerlukan peruntukan baru, pengurusan Gereja BEM Jalan Airport perlu membuat permohonan baru untuk tahun 2022 yang disertakan dengan laporan proses dan status projek yang dilaksanakan.
Sementara itu, Pengerusi Gereja BEM Jalan Airport, Miri Datuk Mutang Tagal mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak dan UNIFOR di atas pemberian cek ini untuk menaik taraf Jalan BEM Jalan Airport.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Sarawak, UNIFOR dan Datuk Sebastian Ting di atas sumbangan cek UNIFOR berjumlah RM350,000 kepada Gereja BEM Jalan Airport, Miri.
“Sumbangan ini akan digunakan bagi menaik taraf Gereja BEM Jalan Airport untuk keselesaan kepada penganut BEM dalam menunaikan ibadat mereka,” katanya.-EDISI UKAS