11 Ketua Isi Rumah Terima Bakul Makanan Program MINDEF Prihatin

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Seramai 11 Ketua Isi Rumah (KIR) di lokasi yang berbeza menerima sumbangan melalui Program MINDEF Prihatin menerusi Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dengan kerjasama Persatuan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (PVTLDM) Sarawak pada Ahad.

Sebanyak 73 pek bakul makanan telah diagihkan Ahli jawatankuasa (AJK) PVTLDM Sarawak yang diketuai oleh Presiden PVTLDM Sarawak Muhammad Ruslan Sain Abdullah, selama tiga hari program tersebut dijalankan.

Difahamkan, kampung-kampung yang terlibat adalah Kampung Keranji, Kampung Sungai Lundu, Kampung Serayan Baru, Kampung Tembaga Melayu, Sematan, Taman Landeh, Padawan dan Kampung Sarig, Puncak Borneo.

Sementara itu, Muhammad Ruslan turut memaklumkan program seterusnya adalah pengagihan bantuan ke sekitar Lawas, Limbang, Miri, Bintulu, Sibu, Serikai,  Beladin, Sri Aman, Batu Niah, Mukah, Betong dan Meludam melalui kiriman bas.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut serta berharap usaha itu akan diteruskan bagi Veteran TLDM Sarawak yang memerlukan bantuan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment