160 KIR Terima Bantuan Makanan Sempena Program Perpaduan Komuniti Zon Lundu

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Seramai 160 Ketua Isi Rumah (KIR) menerima bantuan bakul makanan sempena Program Perpaduan Komuniti Zon Lundu pada Isnin.

Penerima bantuan melibatkan 20 orang dari lapan buah kampung yang mempunyai Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah Lundu.

Penyerahan bantuan disampaikan oleh Penyelaras Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Kuching, Suriyani Zainal kepada wakil penerima. –EDISI UKAS

Share
0

add comment