ADUN Bekenu Sertai Sanitasi Di Pekan Batu Niah

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

SUBIS: Daerah Subis kini masih dalam zon Merah susulan peningkatan kes positif COVID-19.

Menyedari keperluan itu, Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus telah bersama menyertai Program Sanitasi Pekan Batu Niah pada Jumaat. 

Program ini merupakan inisiatif Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Batu Niah dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Subis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Subis, Klinik Kesihatan, Majlis Daerah Subis, Batu Niah Foochow Association dan JKKK Jalan Shing Khong.

Secara keseluruhannya, kawasan pasar, tamu dan koridor bangunan kedai Pekan Batu Niah telah disanitasi sepenuhnya. 

Ketika ini, beberapa rumah panjang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) iaitu Rumah Panjang Aron, Patrick Libau dan John Abau kerana terdapat kes positif dan kontak rapat COVID-19 yang telah dikesan Pejabat Kesihatan Bahagian Miri.-EDISI UKAS

Share
0

add comment