ADUN Piasau Sempurnakan Pemasangan Papan Tanda Baru Kolej Vokasional Miri

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

MIRI: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah menyempurnakan Pemasangan Papan Tanda Baru Kolej Vokasional Miri pada Isnin. 

Kolej Vokasional Miri merupakan salah satu daripada enam buah Kolej Vokasional di Sarawak selepas Kuching, Betong, Matang, Sibu dan Bintulu. 

Pemasangan papan tanda baru ini bertujuan memberi nafas baharu kepada institusi pendidikan kemahiran yang banyak melahirkan pekerja berkemahiran di Sarawak. 

Pada majlis itu juga, Datuk Sebastian Ting turut menyerahkan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM50,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kolej Vokasional Miri bagi tujuan mengurangkan bebanan perjalanan pelajar asrama balik ke kolej.

Hadir sama Pengarah Koleh Vokasional Miri Choo Siak Lan dan Penghulu Leonard Fong. -EDISI UKAS

Share
0

add comment