ADUN Sadong Jaya Serah Bantuan Makanan Kepada Enam Keluarga Di Kampung Semera Lot

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

SADONG JAYA: Seramai enam keluarga yang menjalani perintah kuarantin di Kampung Semera Lot menerima bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo pada Isnin.

Sumbangan makanan itu telah disampaikan oleh Ketua Kaum Kampung Semera Lot, Mahdi Le.

Dalam pada itu, ADUN Sadong Jaya berharap agar sumbangan tersebut dapat meringankan beban keluarga yang dikenakan perintah kuaratin tersebut.

Para penerima bantuan juga merakamkan penghargaan di atas keprihatinan ADUN Sadong Jaya yang membantu membekalkan bantuan makanan kepada mereka. -EDISI UKAS

Share
0

add comment