ADUN Saribas Turun Padang Hulurkan Bantuan Bekalan Makanan

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

SARIBAS: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam telah turun padang bagi bagi menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada penduduk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Beliau menyampaikan sumbang yang juga daripada Ahli Parlimen Betong sebanyak 360 bungkusan untuk penduduk Kampung Melayu Debak dan rumah panjang, baru-baru ini.

Selain bantuan makanan, beliau juga menyampaikan sumbangan pelitup muka kepada penduduk.

Kerja-kerja pengagihan turut disertai Ketua Balai Polis Debak, Bedindang Nyumbang selaku unit pemantauan program tersebut.

Bantuan yang sama berjumlah 630 bungkusan turut dihulurkan kepada penduduk di Kampung Tuie, Kampung Medang dan Kampung Serabang.

Penduduk kampung tersebut juga kini sedang menjalankan PKPD. -EDISI UKAS

Share
0

add comment