Banjir Di Daerah Telang Usan Dan Long Lama Membimbangkan

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

TELANG USAN: Keadaan banjir di Daerah Telang Usan dan Long Lama amat membimbangkan disebabkan paras air naik melepasi paras dada. 

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Sabtu mendapati trend air yang menaik itu telah memasuki kediaman penduduk dan premis di Long Lama turut dinaiki air. 

Sehingga Sabtu, seramai 59 individu sudah dipindahkan ke Masjid Darussalam, Long Lama yang dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS). 

Dalam pada itu, hujan lebat yang berterusan beberapa hari lau juga telah menyebabkan kejadian tanah runtuh di kawasan Ulu Baram melibatkan laluan ke Long Anap, Long Makaba,  Long Jekitan dan Long Apu yang tidak boleh dilalui pada masa ini.-EDISI UKAS 

Share
0

add comment