JKM Daerah Lawas Agih Bantuan Makanan Bakul Permai Kepada Penduduk Terjejas Akibat COVID-19

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

LAWAS: Penduduk di kawasan Jalan Lawas Damit dan Kampung Banting, Merapok yang terjejas akibat COVID-19 menerima Bantuan Makanan Bakul Permai baru-baru ini. 

Bantuan makanan ini merupakan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Lawas. 

Di Jalan Lawas Damit, seramai 73 orang menerima sumbangan makanan manakala 112 orang lagi penerima dari Kampung Banting, Merapok. 

Sumbangan ini adalah untuk meringankan beban penduduk terutama dalam menghadapi situasi pandemik COVID-19 pada masa ini.

Turut serta dalam pengagihan bantuan makanan ini ialah anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)-EDISI UKAS

Share
0

add comment