Lebih RM800,000 Geran MRP Untuk 30 Penerima Di Dalat

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

DALAT: Sebanyak RM868,120 geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) DUN Dalat Fasa 3/2021 telah disampaikan kepada 30 penerima di Dalat pada Sabtu.

Geran diserahkan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak merangkap ADUN Dalat Dato Sri Fatimah Abdullah di Kompleks Kebajikan Daerah Dalat.

Antara penerima terdiri daripada 14 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Dalat dan SK Kampung Senau Oya, Pejabat Pendidikan Dalat dan Masjid Nurul Sa’adah Kut Tengah.

Dalam pada itu, Dato Sri Fatimah berharap penerima dapat memanfaatkan geran tersebut dengan penuh bertanggungjawab dan berhemah.-EDISI UKAS

Share
0

add comment