Penduduk Kampung Selampit 1 & Kampung Selampit 2 Jalani ACD

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

LUNDU: Penduduk di Kampung Selampit 1 dan Kampung Selampit 2 di sini menjalani operasi pengesanan kes secara aktif (ACD) COVID-19 yang pertama pada Isnin.

ACD itu dilaksanakan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kedua-dua kampung tersebut bermula 6 sehingga 19 September 2021.

Setakat 4 September lepas, sebanyak 83 kes positif COVID-19 telah dikesan di kedua-dua kampung berkenaan.

Ketua Kampung Selampit 1, Giton Jenai semasa ditemui berkata, pergerakan di kawasan kampung adalah terkawal menerusi pemantauan yang dilakukan oleh petugas barisan hadapan. -EDISI UKAS

Share
0

add comment