Petugas Pejabat Daerah Kecil Sebuyau Lawat Empat Projek RTP

6 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Pihak Pejabat Daerah Kecil Sebuyau mengadakan lawatan ke empat tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2021, pada Isnin.

Lawatan turut disertai agensi pelaksana iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Samarahan bersama ketua masyarakat setempat bagi meninjau projek-projek RTP yang berjumlah RM300,000 itu.

Antara senarai projek yang dilaksanakan adalah membina sistem perparitan di Kampung Masjid Sebuyau, bina baru parit konkrit Kampung Lot Baru, bina baru sistem perparitan konkrit Kampung Sawmill Sebuyau dan bina semula sistem perparitan di Kampung Hulu Sebuyau. -EDISI UKAS