PKPD : JPBB Betong, Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban Salur Bantuan Bekalan Makanan

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

BETONG :  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Betong dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Saban telah menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk rumah panjang Nanga Penebak, Layar pada Ahad.

Bantuan tersebut diserahkan kepada 12 pintu keluarga di rumah panjang tersebut termasuk keperluan lain.

Dalam pada itu, Tuai Rumah Tayan Gani bagi pihak penduduknya menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak kerajaan di atas keprihatinan itu.

Pada program berasingan, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas sekali lagi menyumbangkan set barangan ‘Fingertip Pulse Oximeter’ yang diserahkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Betong oleh wakil Pusat Khidmat Bukit Saban kepada Pegawai Kesihatan Bahagian Betong, Dr Johnny Pangkas.

Dr Johnny turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang prihatin dengan keperluan semasa di Betong.

Pada sebelah petang JPBB Betong dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban meneruskan program yang sama untuk 35 keluarga di rumah panjang Sungai Langit, Layar, Betong.

Sementara itu, Tuai Rumah Bantan Jerman mewakili penduduknya mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan terhadap keperluan mereka di kawasan luar bandar. -EDISI UKAS

Share
0

add comment