PKPD: Penduduk Kampung Belimbing Besi & Kampung Lunying Kekal Patuh SOP

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

SEBUYAU: Penduduk Kampung Belimbing Besi dan Kampung Lunying Sebuyau yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 28 Ogos lepas kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) turut dilakukan di kawasan PKPD tersebut yang melibatkan 237 orang penduduk dari Kampung Beling Besi dan 185 orang dari Kampung Lunying Sebuyau.

Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bekerjasama bagi memastikan pelaksanaan PKPD dan SJR sehingga 10 September ini berjalan dengan lancar. –EDISI UKAS

Share
0

add comment