Stesen Petronas Limbang Agih Bantuan Makanan Kepada Penduduk Rumah Manggi

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

LIMBANG: Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), penduduk di Rumah Manggi Kampung Menuang Baru telah menerima bantuan makanan sumbangan Stesen Petronas Limbang pada Isnin. 

Bantuan makanan berupa beras, minyak masak, tepung, garam dan telur akan diagihkan kepada 25 Ketua Isi Rumah (KIR) di rumah panjang tersebut.

Simbolik penyerahan telah dilakukan Pengurus Stesen Petronas Tapan Lidos kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat  (JKM) Limbang Wan Hasif Wan Jamari.

Menurut Tapan, aktiviti ini merupakan suatu kewajipan pengurusan Stesen Petronas Limbang dalam membantu kebajikan masyarakat serta organisasi yang terlibat dalam kesusahan. 

Tambahnya lagi, ini juga merupakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi memelihara budaya prihatin dan meningkatkan lagi imej organisasi bersama masyarakat setempat.

Sementara itu, Jelita Majang yang mewakili penduduk Rumah Manggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Stesen Petronas Limbang di atas keprihatinan dan kebaikan dalam membantu penduduk kampung yang menjalani PKPD. 

Penghargaan dan terima kasih juga kepada Pegawai JKM Limbang di atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan dalam mempermudahkan urusan serta pengendalian penyerahan bantuan makanan kepada penduduk kampung. 

Bantuan makanan ini akan dihantar terus ke pondok kawalan PKPD di Kampung Menuang Baru untuk tujuan pengagihan. 

Share
0

add comment