Trend Air Di Pekan Marudi Semakin Naik, Bahaya Kepada Kenderaan Kecil

ISNIN, 6 SEPTEMBER 2021

MARUDI: Keadaan air di Pekan Marudi naik pada petang Ahad. 

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) pada Ahad mendapati kenaikan air telah menyebabkan jalan di sekitar Pekan Marudi dinaiki air.

Paras air yang naik telah menyebabkan beberapa jalan di sepanjang Jalan Nahkhoda, sebahagian Jalan Kapitan Lim Ching Kiat dan Jalan Merdeka ditenggelami air. 

Sementara itu, jalan menuju ke Pengkalan Feri Kuala Ridab ke Pekan Marudi juga ditenggelami air.

Kenaikan paras air ini merbahaya kepada kenderaan kecil.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah mengaktifkan bilik gerakan di Pejabat Daerah Marudi untuk memantau situasi banjir di daerah ini. 

JPBD Marudi menasihatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dengan keadaan banjir yang berlaku bagi mengelakan sesuatu yang tidak diingini berlaku.-EDISI UKAS

Share
0

add comment