188 Orang Penduduk Kampung Kaman Jalani Ujian Calitan COVID-19 Kali Kedua

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

BAU: Seramai 188 orang penduduk Kampung Kaman tampil menjalani ujian calitan COVID-19 kali kedua dalam aktiviti pengesanan kes aktif (ACD) di dewan kampung berkenaan pada Selasa.

Daripada jumlah tersebut seramai 90 orang adalah lelaki, manakala 98 orang lagi wanita.

Sementara itu, bilangan pecahan mengikut kategori usia individu terbabit adalah mereka yang berumur 12 tahun dan ke bawah seramai 32 orang, berumur 13 hingga 17 tahun (25), berumur 18 hingga 59 tahun (114) dan selebihnya adalah warga emas berusia 60 tahun dan keatas (17).

Petugas kesihatan turut mengesan jumlah individu yang mempunyai kontak rapat adalah seramai 24 orang, manakala yang bergejala juga seramai 24 orang.

Sebanyak 32 sampel telah diperoleh daripada ACD berkenaan yang dilakukan oleh seramai 32 orang petugas kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau dan tiga orang lagi dari pasukan makmal Kuching.

ACD yang dikendalikan oleh PKD Bau itu bermula berjalan lancar dengan turut dibantu oleh seramai empat petugas dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).-EDISI UKAS

Share
0

add comment