2 Projek RTP ADUN Piasau Ceriakan Penduduk Taman Bumiko

SELASA, 7 SEPTEMBER 2021

MIRI: Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew telah melawat ke Gelanggang Bola Keranjang dan Taman Rekreasi, Taman Bumiko, Miri bagi penyerahan projek kepada kontraktor terpilih. 

Menurutnya, dua Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) yang akan dilaksanakan di kawasan ini ialah Naik Taraf Taman Rekreasi Taman Bumiko dan Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang dengan kos keseluruhan sebanyak RM469,810. 

“Hari ini, kita menyerahkan dua Projek RTP 2021 kepada kontraktor.

“Projek pertama ialah Projek Naik Taraf Taman Rekreasi dengan fasiliti untuk kanak-kanak dan peralatan senaman dengan kos RM120,000. 

“Projek ini dijangka akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan,” katanya semasa ditemui media selepas menyaksikan penyerahan kedua-dua Projek RTP ADUN Piasau pada Isnin. 

Tambah Datuk Sebastian Ting yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, projek kedua ialah Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang juga di Taman Bumiko.

“Projek kedua ialah Naik Taraf Gelanggang Bola Keranjang dengan kos pembinaan RM349,810. 

“Pembinaannya meliputi tambahan bumbung, bilik kawalan, parit dan mengecat semula lantai gelanggang bola keranjang,” tambahnya. 

Kedua-dua projek ini bermula serentak pada 6 September dan mengambil masa tiga bulan untuk disiapkan pada 5 Disember 2021.

Hadir sama Ahli Majlis Bandaraya Miri (MBM) Kaunselor Leslie Lau dan Kaunselor Tan Le Jin, Seksyen Landskap MBM Ranee Sepang, Jurutera MBM Betie, Ketua Kaum Kampung Luak Abdul Rahman Bolhassan, wakil kontraktor Aaron Ujang Enterprise Ajik dan wakil penduduk Taman Bumiko Matthew Kong.-EDISI UKAS

Share
0

add comment